MySSM merupakan aplikasi rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menawarkan modul e-Perkhidmatan kepada para pelanggan SSM tanpa sebarang kos melalui peranti mudah alih.
Modul e-Perkhidmatan menawarkan:
* e-Semak :
Semakan daftar berkaitan status serta nombor Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan Perniagaan.
* e-Kueri :
Senarai status dokumen syarikat yang dikueri di bawah Seksyen 11(8) dan (9) Akta Syarikat 1965 / di bawah S610(2)(b) Akta Syarikat 2016.
* e-Kompaun :
Senarai kompaun yang ditawarkan oleh SSM kepada Syarikat dan Perniagaan.
* Status 308 / 550 :
Status permohonan pembatalan syarikat di bawah S308(1) Akta Syarikat 1965 / di bawah S550 Akta Syarikat 2016.